Thursday, 10 December 2015

PROGRAM SALAM SAYANG KEMAS BERSAMA WANITA UMNO BAHAGIAN LUMUT

Lumut ~ 10 Disember 2015 Biro Salam  Sayang bersama warga KEMAS Lumut turun Padang dalam Majlis Bacaan Yaasiin dirumah Latipah bt Shaari di Kg  Kayan. Beliau akan berangkat menunaikan umrah pd 18.12.15.

Bacaan Yassin diketuai oleh Ustazah Rafidah Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut.

Turut serta Pn Hjh Nosaamah bt Takie Pengerusi Salam Sayang Wanita UMNO Bahagian Lumut serta AJK dan orang2 kampung.

Di iringi Doa semuga dipermudahkan segalanya di Tanah Suci..

KELAS PENGUKUHAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS 6 TAHUN

Kelas pengukuhan kanak2 6 thn tbk kemas p.pjg Laut sempena cuti sekolah. Hari yg keempat dari pkl 9-12 tgh. Kehadiran 9 org. Hari ini knk2 belajar membaca dan matematik

Wednesday, 9 December 2015

HARI TERAKHIR MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KEMAS MALAYSIA

9 Disember 2015 Hari terakhir Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan KEMAS membincangkan hal2 berkaitan dengan prestasi perbelanjaan dan baki  peruntukan pembangunan tahun 2015.
Mesyuarat berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak.

Tuesday, 8 December 2015

SAMBUTAN KEHADIRAN PENGARAH-PENGARAH KEMAS MALAYSIA

7 Disember 2015 Di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut

Ketibaan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia dan Pengarah-pengarah KEMAS seluruh negeri telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah BPAK KEMAS Negeri Perak Pn Wan Norlee,  Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani dan 10 orang warga KEMAS Parlimen Lumut.

Kehadiran pengarah-pengarah adalah bertujuan mengadakan mesyuarat Pengarah-pengarah Malaysia yang berlangsung selama 3 hari.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat bermesyuarat.

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KEMAS MALAYSIA DI SWISS GARDEN DAMAI LAUT

7 Disember 2015 hingga 9 Disember 2015
1. Hari Potensi 2015
- ucapan tahniah kpd semua pemenang terutama Selangor  yg mengekalkan kejuaraan
- ucapan penghargaan dan terima  kasih atas kerjasama menjayakan Hari Potensi 2015.
2.  KIK 2015
- tahniah kpd semua pemenang terutama KEMAS Perak telah menang kedua-dua kategori.
- semua negeri perlu terlibat dlm KiK 2016 termasuk ILK/PLK
3. Hari Inovasi KKLW
- KEMAS menang 4 kategori iaitu :
Inovasi : Johan
Pej Neg : Johan
Perolehan : N. Johan
Sumber Manusia : N. Johan
4. Bajet  2016 (Pmbgunan/Mengurus)
- ambilkira hala tuju & transformasi  KKLW
- program tumpu kpd pmbangunan komuniti luar bandar  secara inklusif
- cadangan bgkel keibubapaan  PAK diselitkan dlm program2 PKK (PKEM)
- Peruntukan pembangunan 2016/2017 adalah besar - tindakan merancang aktiviti, agihan bajet, penentuan KPI program, pelan tindakan pelaksanaan serta  pemantauan prestasi
5. Peluasan kelas tabika / taska 2016
- hanya dibenarkan utk menggantikan kelas tutup tanpa melibatkan pgambilan guru yg baru serta menggunakan peralatan yg sedia ada
- ke arah meningkatkan kualiti tabika/taska
- kenal pasti  keperluan baikpulih bangunan
- maklumat keperluan peralatan  tabika & taska
6. Program Hari Pendidik 
- pada bulan Mei 2016
- jemput YAB PM utk rasmi
- cadangan tempat ; PICC / PWTC
7.  Hari Potensi Utk PM Tabika 
- cadangan utk buat hari potensi kpd PM Tabika sptmana kanak2  Tabika
- cth cdgn acara : rounder, tarian.. bakat..
8. APC 2016
- diadakan sekali utk semua agensi dibawah KKLW 
- semua peg & kakitangan diminta  menyiapkan LNPT selewat-lewatnya  31 Dis 2015

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA PROGRAM PENJAJA DAERAH MANJUNG

Pertandingan mewarna 2 kategori.. 4-6 tahun dan 7-12 thn.

Di sertai oleh 50 org murid Tabika Kemas dan 50 tadika swasta.

100 org kanak2  7- 12 tahun.
Kategori 4- 6 tahun

Murid Tabika kemas Hospital Johan.. kedua TLDM Ke3 Tldm dan 5 saguhati.

Monday, 7 December 2015

BENGKEL MODUL PENDIDIKAN AWAL MATRMATIK

Pada 7 dan 8hb  12/2015, iaitu hari isnin dan selasa pemaju Masyarakat tbk kemas parlimen  mengadakan bengkel modul pendidikan awal matrmatik selama 2 hari. Pada 7 hb semua pemaju Masyarakat di beri penerangan berkaitan modul yang pendidikan awal matematik ini di mana terdapat 3 modul iaitu modul pendidikan awal matematik(basic), (advance) dan (excellent).

Pm yang berTanggungjawab bagi penerangan berkaitan modul ini ialah pn nor aiza ahmad idris dan  cik badariah kerana mereka telah berkursus mengenai modul pendidikan awal matematik ini d uitm tanjung tualang..

Selepas penerangan modul semua pm akan d berikan rancangan pengajaran dan pembelajaran setiap seorang kerana setiap pm akan membuat abm (alat bantu mengajar) masing-masing. Kehadiran pemaju masyarakat seramai 33 orang pada 7hb dan 36 org pada 8hb. 

Pada 8hb semua pm melakukan aktiviti membuat abm masing-masing setelah mereka dapat rancangan pengajaran dan pembelajaran pada 7hb..  Hampir 70% pm dapat mengsiapkan abm mereka... Kesemua pm dapat memberi kerjasama dan sokongan dengan baik sekali dalam menjayakan bengkel yang diadakan..