Thursday, 9 April 2015

BAHAN TERBUANG BUNGA SUDU PLASTIK MENCERIAKAN RUANG TAMU

Bahan2 yg diperlukan 

1 peket sudu plastik yg pendik 

1 btl mineral yg kecik  

1 peket dawai 18cm 

1 gulung pelilit hijau  

1dozen daun bunga dizy  

1 peket putik bnga glu gan 

1 keping crep hijau 

gunting 

surat khabar

KELAS MEMBUAT ROTI KENTANG PUSAT MASAKAN LUMUT

Lumut- 8 April 2015.... Kelas Pusat Masakan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Seri Manjung.

Kumpulan beroperasi tiap-tiap hari isnin, selasa dan rabu.Kumpulan bermula jam 2.00ptg hingga 5.00ptg. 

Peserta seramai 25 orang 2 orang lelaki 23 orang perempuan. Pembelajaranya mengikut modul yang telah ditetapkan. Pelajaran minggu ini membuat roti kentang.

Wednesday, 8 April 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN KESYUKURAN DI PADANG TEMBAK LUMUT

Pada 6/4/2015 jam 3.00 ptg telah diadakan Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Tahlil dirumah pn Normah di Kg Padang Tembak. Bacaan ini diketuai oleh Ustzh Rafidah Mohamed dan dihadiri oleh peserta Bina Insan...

Seramai 50 orang peserta yg hadir ke majlis yg juga merupakan Majlis Kesyukuran kerana tuan rumah baru sahaja pulih dari  strok

Monday, 6 April 2015

PENGLIBATAN BERSAMA KAKITANGAN PUSAT GIAT MARA DALAM GOTONG ROYONG PERDANA TABIKA KEMAS BATU 8 LEKIR

LUMUT - 4 APRIL 2015 - Gotong royong Perdana di TBK KEMAS Batu 8 Lekir dimulai dengan ucapan aluan pengerusi TBK Encik Zulkifli bin Ahmad dan diteruskan dengan taklimat pengagihan tugas. 



Acara gotong royong dimulai dengan gimik perasmian iaitu menanam pokok bunga jejarum (ixora) oleh pengerusi dan naib pengerusi TABIKA.  Kehadiran seramai 42 orang terdiri dari ahlijawatankuasa ,ibubapa dan kanak-kanak. 









Ucapan terima kasih atas kehadiran yang amat menggalakkan dan sudi meluangkan masa cuti mereka bagi mencantikkan persekitaran TABIKA demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak mereka. 




Gotong disudahi dengan jamuan minum pagi yang disediakan pihak TABIKA. 


BERSAMA ANGGOTA TLDM MENYERTAI PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Tabika KEMAS TLDM Lumut telah mengadakan Gotong-royong Perdana pada 4.04.2015. Gotong-royong tersebut diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pagi.
                           

Gotong-royong tersebut dihadiri oleh Pengerusi Tabika KEMAS TLDM iaitu KDR AZAHAR b. NGAH AHMAD, naib pengerusi,  AJK Tabika, guru, pembantu dan ibu bapa kanak-kanak.

 Selepas itu,pengerusi Tabika menjalankan simbolik menanam Pokok Bunga Jejarum (Ixora).





 Gotong-royong tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi dan seramai 185 orang yang menghadiri. Seterusnya acara senamrobik dijalankan oleh 3 orang juru latih Tentera Laut.


Seorang ahli AJK Tabika memberi taklimat dan pembahagian tugas dalam menjalankan aktiviti gotong-royong.Gotong-royong bermula dari jam 9.15 pagi dan berakhir  jam 12.30 pagi.

Ibu bapa membersih sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas seperti surau, bilik peralatan, kantin,tandas dan dewan Tabika.

                                     

Selesai menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut semua ibu bapa menikmati jamuan yang dibawa oleh mereka sendiri dan majlis bersurai. 

ANGGOTA BOMBA BERSAMA-SAMA MENYERTAI GOTONG ROYONG PERDANA

LUMUT- 4 April 2015 bertempat di   TABIKA KEMAS BT 14 LEKIR telah menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana bersama-sama anggota Bomba Sitiawan.  Program dimulai dengan ucapan aluan pengerusi TBK Encik Zainon b. Ahmad dan diteruskan dengan taklimat pengagihan tugas. 



Acara gotong royong dimulai dengan gimik perasmian iaitu menanam pokok bunga jejarum (ixora) oleh pengerusi Encik Zainon b. Ahmad .


Kehadiran seramai 20 orang terdiri dari ahlijawatankuasa ,ibubapa dan kanak-kanak. 







Sekalung penghargaan buat Ahli bomba dari jabatan bomba dan penyelamat sitiawan kerana sudi hadir bersama jentera bomba bagi membantu membuat kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar tabika. 




Sedikit jamuan turut disediakan oleh guru dan ibubapa.  




Sunday, 5 April 2015

DEMONSTRASI PAU MAWAR LAVISTA

LUMUT - 3 April 2015 di kelas PKK Kg Bt 3 Segari telah mengadakan satu Demonstrasi yang bertemakan kasih Ibu, iaitu “PAU MAWAR LAVISTA”.


       




                                            

PEMILIHAN WARNA MERAH JAMBU MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KELEMBUTAN HATI SEORANG IBU.








KEPADA YANG BERMINAT DISINI DISERTAKAN RESEPI DAN SILA IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT: