Thursday, 23 October 2014

LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ABU BAKAR, GALERIA DAN KOMPLEKS BUDAYA DAN TENUN, PEKAN PAHANG


Pekan 17/10/2014 - Program Muzium Pahang bersama Media diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak Muzium Pahang dengan penggerak media cetak, media elektronik dan media sosial yang mempelopori promosi dan publisiti acara-acara dan program di seluruh negara. Disamping itu, harapannya agar media sosial yang sedia ada dapat mengenali dan menyebarkan tentang manfaat bidang permuziuman terhadap komuniti setempat dan masyarakat secara umumnya.


Lawatan dan liputan bergambar ke Muzium Seni Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar, Galeri Pengangkutan Air, Kompleks Budaya dan Pusat Tenun Pulau Keladi, Istana Abu Bakar dan Makam sekitarnya. Semoga dengan adanya liputan bergambar di dalam Blog KEMAS Parit ini akan mengģalakkan orang ramai untuk membuat lawatan ke Negeri Pahang, khususnya kepada pelajar-pelajar sebagai lawatan sambil belajar disamping mereka 'Meraikan Ilmu' dengan peninggalan sejarah dahulu kala.


MUZIUM GALERI SULTAN ABU BAKAR






 

KOMPLEKS BUDAYA DAN TENUN, PULAU KELADI



  
                        


MUZIUM SENI PAHANG

Pameran Siri Rasa Bertuhan ini diadakan dari 27//10/2014 - 27/01/2015 di Muzium Seni Pahang.
Ia merupakan sekumpulan karya seni oleh artis kontemporari terkenal Malaysia, Mohd Noor Mahmud, dikenali ramai sebagai Mat Nor, yang mengkaji hubungan diantara identiti islam dan Melayu. Kajian yang teliti ditujukan kepada orang Kelantan , dan ini menghasilkan takrifan orang Melayu sebagai  satu komuniti etnoagama, melalui perayaan estetik Nama-nama Allah. 

Siri Rasa Bertuhan ini diperbuat dari akrilik, habuk gergaji dan gam di atas kanvas. Kombinasi unsur-unsur ini, dengan kemahiran yang telah dipupuk sepanjang karier yang berdekad lamanya membolehkan Mat Nor menghasilkan tekstur yang membezakan di dalam karya beliau. Penggunaan seni khat sebagai simbol utama mengkaji beberapa aspek iaitu Al-Husna (Nama-nama Allah), agama dan kesyukuran terhadap Allah disamping dinamik di antara Islam dan budaya Melayu

Akhir kata, terima kasih kepada staff Muzium Negeri Pahang yang sudi mengiringi sepanjang perjalanan lawatan ini serta memberi info2 berkaitan galeri-galeri yang telah dilawati. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang memberi sokongan turut menyertai lawatan ini.....

PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA (KOSPEN)

LUMUT 13 OKTOBER 2014- Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah diadakan di Kg Telaga Nenas Ayer Tawar Perak.
 

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dari jam 8.00 pg pendaftaran, Senamrobik, gotong royong perangi Denggi, pemeriksaan kesihatan dan cabutan nombor bertuah.
 

 Kehadiran kanak kanak sekolah kebangsaan Kg Telaga Nenas menceriakan lg suasana.

 

Turut hadir dalam program ini adalah Dr Azizah bt Johor Ketua Wanita Bahagian Lumut merangkap Exco Malaysia. Beliau telah merasmikan program KOSPEN ini.
 

Ketua kampung En Isa bin Husin telah memberi ucapan sebagai memulakan program.


Kehadiran 250 orang penduduk kampung membuatkan program berjalan lancar.

Monday, 20 October 2014

AL- FATIHAH... AYAHANDA MENTERI BESAR PERAK KEMBALI KERAHMATULLAH

LUMUT 14 Oktober 2014 Inalillahiwainnaillaihirojiuun


Seluruh Warga KEMAS terutama di Parlimen Lumut Negeri Perak dikejutkan dengan berita sedih bila Ayahanda kesayangan Menteri Besar Perak Dato' Seri  Di Raja Dr Zambry bin Haji Abd Kadir yang telah Kembali Kerahmatullah  di sebabkan serangan jantung kira -kira jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.


Jenazah Pak Karim yang menjadi gelaran kepadanya oleh penduduk kampung Teluk Raja Bayang di kebumikan selepas Zohor di tanah pekuburan Masjid Teluk Raja Bayang selepas Solat zohor. 
 

Allahyarham disenangi oleh penduduk tempatan dengan jasa beliau sebagai ketua kampung disini selama 23 tahun. Dalam usia mencecah 73 tahun beliau juga antara yang melepaskan jawatan ketua kampung tahun lepas selaras dengan hasratnya memberi laluan dan tidak berhasrat menyambung jawatan ketua kampung.
  
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan hadir bersama bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

 


Warga KEMAS PARLIMEN LUMUT mendoakan Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.. Amiiinnn.. Al Fatihah...