Pemeriksaan mata oleh doktor Nurul Izzati bt Norazam dan jururawat Romizan bt Othman dari Klinik Mata Hospital Seri Manjung telah diadakan pada 10.5.2016 di TABIKA KEMAS Fasa 3C Seri Manjung. Hasil dari pemeriksaan ini, 4 orang kanak-kanak memerlukan rawatan susulan dan tarikh temujanji telah pun diberikan kepada ibubapa kanak-kanak terbabit.
Wednesday, 18 May 2016
PERSIAPAN SEMPENA MENYAMBUT HARI ISTIMEWA Part 1
Pada 18 Mei 2016, Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah memjalankan satu projek bersama kanak-kanak sempena menyambut hari istimewa iaitu membuat kad kad ucapan hari ibu, hari guru dan hari lahir kanak-kanak bermula dari bulan Januari hingga Mei. Aktiviti ini telah dijalankan secara individu yang melibatkan 25 orang kanak-kanak. Aktiviti ini dapat meransang koordinasi mata tangan serta otot-otot halus kanak-kanak. Pastikan anda mengikuti aktiviti ini dalam bahagian yang kedua.
Monday, 9 May 2016
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KOSPEN
5 Mei 2016 bertempat di bilik mesyuarat pejabat Perpaduan Daerah Manjung Bangunan Persekutuan Manjung telah diadakan mesyuarat Dan perbincangan khas mengenai pertandingan oral Dan poster Kospen peringkat Daerah Manjung.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut pegawai KEMAS Daerah Manjung, Pegawai Kesihatan, pegawai Perpaduan Dan penyelia KEMAS
PEMERIKSAAN PERGIGIAN DI TABIKA KEMAS KDSK
Pada 9.5.2016 telah diadakan pemeriksaan pergigian oleh unit pasukan sekolah klinik pergigian sitiawan.
Hasil dari pemeriksaan ini; seorang kanak-kanak memerlukan rawatan susulan.
Kanak-kanak yang tidak hadir akan dibuat pemeriksaan pada hari Rabu 11.5.2016 di TBK KEMAS ini.
Tuesday, 3 May 2016
PROGRAM SANTAI ANAK MUDA KEMAS LUMUT
Program SEMBANG SANTAI KEMAS PARLIMEN LUMUT telah dijalankan pada 3.5.2016 (Selasa) jam 9.00 malam di Kedai Makan Mame Mee Udang, Kg Batu 3, Segari.
Program ini mensasarkan golongan belia dikampung tersebut dengan kehadiran seramai 30 orang. Perasmian program telah dilaksanakan oleh Ybhg Dato' Azri bin Jaafar (Pegawai Khas ADUN Pangkor merangkap Naib Ketua UMNO bhgn Lumut). Turut Hadir Pegawai KEMAS Daerah Manjung, Penghulu Mukim Lumut, Ketua Kg. Batu 3 Segari, Ketua Wanita Cwgn. Bt 3 Segari, Pengerusi Belia Bt 3 Segari dan Penyelia- penyelia KEMAS sebagai urusetia program..
antara pengisian program Ceramah Maqasid Syariah telah disampaikan oleh Ustazah Rafidah binti Mohamed (Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Lumut).
Daftar Pemilih juga telah dibuat sempena majlis ini.
Sunday, 3 April 2016
PEMERIKSAAN GIGI KEPADA KANAK2 TASKA PERMATA PKM 2
Pada jam 9.30 pagi, Pihak Pergigian Sitiawan telah datang ke Taska Permata KEMAS.
Nurse gigi telah membuat pemeriksaan gigi pada setiap kanak-kanak.Kanak-kanak juga diberi penerangan tentang penjagaan gigi.
Setelah selesai pemeriksaan gigi kanak-kanak diberi setiap seorang berus n ubat gigi dan mereka memberus gigi di luar kelas sambil diberi penerangan oleh nurse gigi.
Pada jam 10.00 pagi pemberian ubat florida telah diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai karies gigi. Pada jam 10.20 nurse pulang.
MENGECAT BELON MENGIKUT WARNA KANAK2 TASKA PERMATA PKM 2
Aktiviti Pembelajaran hari ini 1 April 2016.Mengecat belon mengikut warna menggunakan warna air.Aktiviti dijalankan pada jam 10.45 pagi.
Kanak-kanak berkumpul di luar Taska PKM2, Setiap kanak-kanak diberikan apron mengecat.
Kanak-kanak diberi penerangan tentang warna air dan cara melakukan aktiviti mengecat belon mengikut warna. Kanak-kanak mengecat sambil dibimbing oleh pendidik.
Setelah selesai kanak membersihkan diri masing-masing dan mengeringkan hasil kerja mereka. Pada jam 11.30 aktiviti tamat kanak-kanak masuk ke ke kelas.