Oleh:
Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT – Program Pemimpin Bersama
Masyarakat serentak dengan Pelancaran Mini RTC dan Perasmian Gelanggang Futsal
Felcra Lekir yang diadakan di Felcra Lekir telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri
Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut pada
30 Mac 2013 yang lalu.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Afdal kerana telah
menepati janjinya pada tahun lepas ketika mengadakan lawatan ke Felcra Lekir
untuk membina sebuah gelanggang futsal di Felcra Lekir ini.
Acara
yang diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
yang berumur empat hingga enam tahun, sukaneka keluarga, futsal, pertandingan
lipatan kain, teka biji Sawit dan juga cabutan nombor bertuah. Pertandingan halaman tercantik juga telah
diadakan dan hadiah untuk pemenang telah diberi pada tersebut.
Beberapa
jabatan kerajaan juga telah mengambil bahagian dalam pameran seperti Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Veteriner, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Jabatan Penerangan.
No comments:
Post a Comment