LUMUT - Seramai 11 buah keluarga daripada Kg. Batu 15 Lekir telah menerima
kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan
Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.
Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan
berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga
tersebut.
Pemberian
hamper tersebut telah dilaksanakan pada 4 April 2013 yang mana turut dihadiri
oleh Ketua Kampung Batu 15 Lekir En Ibrahim Bin Mohd Tahir, Ketua Wanita UMNO
Cawangan Pn Tusiah bt Mohamed Jaafar dan Ahli Jawatankuasa Kampung.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat kampung mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Rata-rata
yang menerima kunjungan tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih
diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program
begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment