Oleh:
Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - Seramai 20 buah keluarga masyarakat India daripada Rumah Murah Awam
Sitiawan 2 telah menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS
Parlimen Lumut kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan
berpendapatan sederhana. Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut
menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan
beban keluarga tersebut.
Pemberian
hamper tersebut telah dilaksanakan pada 7 April 2013 yang mana turut dihadiri
oleh Ketua Wanita UMNO Cawangan Sitiawan Barat Pn Rosnah Harun, AJK Wanita UMNO
Bahagian Lumut Pn Wahyuni dan AJK Puteri Cawangan.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya.
Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Rata-rata
yang menerima kunjungan tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih
diatas keprihatinan pihak KEMAS Lumut terhadap mereka dan berharap program
begini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang
No comments:
Post a Comment