Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - 19 Mac 2013, bertempat
di Dewan orang ramai Pasir Panjang Laut, jam 3.00 petang telah diadakan program
Halaqah, Pengurusan Jenazah yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang.
Program tersebut turut dihadiri oleh Puan Norizan binti Mansor, Ketua Wanita
UMNO Cawangan Pasir Panjang. penceramah. Ustazah Rafidah binti Mohamed dari
unit Bina Insan, KEMAS Parlimen Lumut telah memberi tunjukcara teori-teori umum
di samping praktikal agar peserta lebih memahami hukum, kaedah serta cara
sebenar memandikan jenazah.
Ketika melakukan perihal Pengurusan
Jenazah mereka perlulah beramanah dan dapat mengatasi apa
juga masalah yang timbul ketika menguruskan jenazah. Kita
juga perlu bersyukur dalam pengendalian jenazah sudah banyak
kemudahan yang disediakan seperti kain kapan yang telah sedia dijual di
kedai.dengan ekonomi yang kukuh semua keluarga dapat menyediakan hal ini serta
kemudahan air yang mencukupi, tidak sepertimana yang berlaku di Kelantan
terpaksa memecahkan meter air untuk pengurusan jenazah.
Program Halaqah yang julung kali
diadakan dalam bentuk Kursus Pengurusan jenazah ini diharapkan dapat
memberi munafaat kepada masyarakat serta dapat melahirkan pelapis yang muda
untuk meneruskan ilmu Fardu Kifayah ini bukan sahaja kepada keluarga sendiri
malahan
dapat melaksanakan tanggungjawab
menguruskan jenazah kepada masyarakat kampung.
Di akhir program, urusetia turut meminta 10
orang peserta yang berminat bagi mempelajari dan mendalamai ilmu memandikan
jenazah dengan lebih terperinci. Disamping itu, turut dimaklumkan bahawa kelas
Bina Insan anjuran KEMAS Parlimen Lumut diadakan pada setiap minggu ke3 dan
ke-4 bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang untuk mempelajari fardhu Ain.
No comments:
Post a Comment