Ketika melakukan perihal Pengurusan Jenazah mereka perlulah beramanah dan dapat mengatasi apa juga masalah yang timbul ketika menguruskan jenazah. Kita juga perlu bersyukur dalam pengendalian jenazah sudah banyak kemudahan yang disediakan seperti kain kapan yang telah sedia dijual di kedai.dengan ekonomi yang kukuh semua keluarga dapat menyediakan hal ini serta kemudahan air yang mencukupi, tidak sepertimana yang berlaku di Kelantan terpaksa memecahkan meter air untuk pengurusan jenazah.
Program Halaqah yang julung kali diadakan dalam bentuk Kursus Pengurusan jenazah ini diharapkan dapat memberi munafaat kepada masyarakat serta dapat melahirkan pelapis yang muda untuk meneruskan ilmu Fardu Kifayah ini bukan sahaja kepada keluarga sendiri malahan
dapat melaksanakan tanggungjawab menguruskan jenazah kepada masyarakat kampung.
Di akhir program, urusetia turut meminta 10 orang peserta yang berminat bagi mempelajari dan mendalamai ilmu memandikan jenazah dengan lebih terperinci. Disamping itu, turut dimaklumkan bahawa kelas Bina Insan anjuran KEMAS Parlimen Lumut diadakan pada setiap minggu ke3 dan ke-4 bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang untuk mempelajari fardhu Ain.
No comments:
Post a Comment