LUMUT – 17 Mac 2013 jam 3.00 petang bertempat di Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kampung Batu 15 Lekir telah diadakan “Demonstrasi Masakan Keow Gulung dan Sembang Petang”.
Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat mempelajari ilmu masakan
walaupun berada jauh dari bandar.
Demonstrasi ini
melibatkan 20 orang peserta terdiri dari peserta kelas PKK dan pengundi di
kawasan tersebut. Pemudahcara Cik Nur Rabiatul Nadzirah bt Yasmi telah memberi
tunjuk ajar dan tip-tip yang boleh dipraktik kan oleh peserta-peserta.
Sembang petang
telah disampaikan oleh Pn Jamaliah bt Hassan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen
Lumut. Beliau telah menerangkan mengenai Budjet 2013, BRIM, PTPTN, Baucer
KARISMA dan berbagai lagi kemudahan yang telah kerajaan laksanakan untuk rakyat
dalam menepati janji kerajaan kepada rakyat semua.
Program ini turut
disertai oleh Pn Tusiah bt Mohamed
Jaafar selaku AJK Wanita UMNO Bahagian Lumut merangkap Ketua Wanita UMNO Cawangan
Batu 15 Lekir dan Ahli Jawatankuasa kampung.
No comments:
Post a Comment