Alhamdulillah pada 19 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Takraw, Kampung Masjid, Pangkor telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada fakir miskin dan anak yatim bagi zon Pulau Pangkor. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YAB Adun Kawasan Pangkor Dato' Seri Diraja Zambry B. Hj. Abdul Kadir merangkap Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Aamiin
No comments:
Post a Comment