Thursday, 30 June 2016

SERONOKNYA MEMBUAT KAD RAYA

Pada 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah membuat satu lagi aktiviti bersama kanak-kanak sempena tema Perayaan Di Malaysia iaitu Membuat Kad Raya. Aktiviti ini dapat membina kreativiti kanak-kanak dalam menghias dan menghasilkan kad raya masing-masing. Jelas terpancar dari riak wajah kanak-kanak ini dimana mereka begitu bersemangat untuk menyiapkan kad masing-masing. Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat. Alangkah bersemangatnya mereka menyambut raya yang bakal tiba. Apapun kami dari Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Friday, 24 June 2016

MESYUARAT JKKK SUNGAI PINANG BESAR, PULAU PANGKOR BIL 05/2016

Pada 22 Jun 2016 rabu jam 10 pagi telah diadakan Mesyuarat JKKK Kampung Sungai Pinang Besar, Pangkor bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pinang Besar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En Azalan b. Baharuddin selaku Pengerusi JKKK Kampung Sungai Pinang Besar. Seramai 15 orang ahli Jkkk hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan aktiviti- aktiviti yang telah dan akan diadakan sepanjang Bulan Ramadhan disamping isu-isu semasa yang berlaku. Tahniah kepada seluruh ahli JKKK Kg Sungai Pinang Besar kerana telah berjaya menjalankan mesyuarat dengan baik sekali. Semoga dengan segala usaha untuk memajukan kampung tercinta dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Sunday, 19 June 2016

Sumbangan Ihya Ramadhan 2016

Alhamdulillah pada 19 Jun 2016 bersamaan 7 Ramadhan jam 11.00 pagi bertempat di Dataran  Takraw, Kampung Masjid, Pangkor telah diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada fakir miskin dan anak yatim bagi zon Pulau Pangkor. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YAB Adun Kawasan Pangkor Dato' Seri Diraja Zambry B. Hj. Abdul Kadir merangkap Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Aamiin

Jom Singgah Sahur 2016

Program Singgah Sahur 2016 telah diadakan pada 11Jun yang lalu anjuran KRT Pangkor 2, Jkkk Kg Sungai Pinang Besar dan Belia Sungai Pinang Besar. Program ini bermula dari jam 11 malam dengan membungkus makanan untuk diagihkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas pada waktu malam seperti Polis, Bomba, Hospital dan sebagainya. Inisiatif ini di adakan adalah untuk mengenang pengorbanan mereka yang sanggup bertugas pada waktu malam dan terpaksa bersahur tanpa keluarga tersayang. Semoga mereka akan terus setia berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. InsyaAllah

Thursday, 2 June 2016

GELOMBANG MERAH

JPada 2 Jun 2016 telah berlangsung Perhimpunan Perdana Anggota KEMAS seluruh Malaysia Bersempena Hari Pendidik 2016 di MAEPS Serdang. Seramai 40 orang kakitangan KEMAS dan Pegawai KEMAS Daerah Manjung telah menyertai majlis ini. Pada jam 3.00 pagi kami telah berkumpul dan menaiki bas serta berhenti solat Subuh sambil bersarapan di RNR Sungai Buluh. Majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohamad Najib B Tun Abd Razak dan telah mengumumkan beberapa insentif untuk kakitangan KEMAS yang telah banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan penganugerahan kepada tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa ketika di dalam perkhidmatan mereka di Jabatan KEMAS.
#KEMASDULUKINIDANSELAMANYA
#tantanjeopah