Thursday, 19 May 2016

WOW... TAMAN MINI BURUNG YANG "AWESOME"

Mini Taman Burung KEMAS Parlimen Lumut telah diwujudkan pada bulan April 2016 yang lalu. Ini merupakan salah satu tarikan baru bagi kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS yang berada berdekatan dengan Pejabat KEMAS Manjung dimana mereka dapat mempelajari tentang hidupan alam ciptaan Allah. Selain itu, dengan wujudnya Taman Mini ini dapat memberi sedikit ketenangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Wow sungguh besar ciptaan Allah kerana hanya melihat ciptaanNya sahaja kita mampu menenangkan fikiran setelah seharian penat berkerja. Untuk anda yang ingin merasai keajaiban terapi minda dari sumber alam semulajadi pastikan anda tidak terlepas dari mengunjungi Taman Mini ini. Opppss sebelum saya terlupa, KEMAS Parlimen Lumut kini dalam proses mewujudkan Taman Herba serta Taman Flora dan Fauna. InsyaAllah setelah siap sepenuhnya, saya akan post kan gambar-gambar yang menarik untuk tatapan anda. TUNGGU...





No comments:

Post a Comment