16 Februari 2016 Selasa bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Deralik telah diadakan mesyuarat Agong dan perlantikan jawatankuasa aktiviti KEMAS.
Mesyuarat bermula jam 3.00 petang dipengerusikan oleh tenaga pengajar Pn Jamaliah bt Din. Dengan kehadiran 30 orang peserta kelas.
Turut hadir Penyelia Pembangunan Desa/ Perhubungan Pn Rohani bt Alias dan Pn Rohani Md Yasin wakil KEMAS Manjung.
Mengalu-alukan juga kehadiran AJK Wanita UMNO Bhgn Lumut Pn Normah Basuni dan Pn Pauziah Ngah.
Mesyuarat dan lantikan AJK telah berjalan dengan jaya nya. Pengerusi kelas PKK kekal kepada Hjh Norsaamah bt Takie merangkap AJK Wanita UMNO Bhgn Lumut dan Ketua Wanita UMNO Bhgn Lumut.
Diharap barisan jawatankuasa dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh keyakinan dan memberi komitmen yang baik demi kejayaan kelas PKK Kg Deralik bagi sesi 2016 ini dari masa kesemasa.
Tahniah!
No comments:
Post a Comment