Lumut 30 September 2014 - Satu lawatan sambil belajar telahpun dijalankan oleh Tabika KEMAS TLDM.
Hasil dari keputusan mesyuarat jawantankuasa, keputusan telah diambil untuk mengadakan lawatan luar dari Negeri Perak iaitu ke Taman Rama-rama Pulau Pinang.
Peserta terdiri dari 220 orang kanak-kanak, 17 orang guru pengiring, 20 orang pembantu dan 10 orang AJK yang melibatkan 6 buah bas .
Lawatan ke Galari Rama-rama
Rombongan bergerak sekitar jam 7.30 pagi dari Masjid An-Nur Tldm ke Pulau Pinang dan mengambil masa hampir 3 jam utk tiba di destinasi.
Pada jam 10.30 pagi rombongan tiba di Taman Rama-rama Pulau Pinang dan disambut mesra oleh pihak pngurusan taman rama-rama yg telah mgatur beberapa aktiviti seperti ceramah pendidikan bersama kanak-kanak.
Jelas kelihatan kanak-kanak begitu teruja sepanjang masa berada disitu
Selama hampir 1 jam kanak-kanak diberi penerangan tentang hidupan haiwan seperti jenis2 serangga, habitat serangga khususnya tentang kitaran hidup rama-rama. Kanak-kanak juga berpeluang menyentuh serta melihat serangga2 yang jarang dilihat pada sesi penerangan tersebut.
Seterusnya selepas selesai sesi ceramah dan penerangan, guru serta kanak-kanak melawat seluruh kawasan taman rama-rama secara natural walk. Pelbagai jenis rama-rama yang berwarna warni dapat dilihat serta mini galeri yang disediakan. Ini memberi rasa teruja pada kanak-kanak.
Pihak pengurusan taman rama2 membekalkan kanak2 dengan cenderahati setiap seorang.
Seterusnya rombongan menuju ke KD Sri Pinang untuk menikmati makan tengahari yang disediakan secara buffet. Antara menu yang disediakan ialah nasi putih, ayam masak merah, sayur kubis, telur dadar air oren dan buah Lai.
Pada jam 3 petang rombongan bertolak pulang ke
Diharap dimasa akan datang program sebegini dapat diadakan lagi bagi menarik minat kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment