Pada 23 Julai 2016 telah diadakan Mesyuarat JKKK Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, Perak. Seramai 16 orang ahli jawatankuasa hadir bagi menghadiri mesyuarat dan membincangkan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Pinang agar setiap setiap permasaalahan yang berlaku dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik dan saksama. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penyelia Dun Pangkor, Pn Rohani Bt Yassin.
Saturday, 23 July 2016
Friday, 22 July 2016
KHATAM AL QURAN KELAS BINA INSAN PASIR PANDAK
Pada tarikh 21/7/2016 jam 3.00 petang telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Jamuan Hari Raya di Dewan Orang Ramai Kg Pasir Pandak. Turut serta Ketua Wanita cawangan Pasir Pandak Puan Noor Aishah binti Omar dan Penyelia Bina Insan Ustazah Rafidah bt Mohammed. Majlis dihadiri oleh peserta bina insan, PKK juga penduduk kampung seramai 30 orang.
Sunday, 17 July 2016
SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN HARI RAYA
![]() |
Aisy Nur Raisya dan Nur Izara |
![]() |
Sebahagian ibu bapa dan ahlijawatankuasa yang hadir |
Thursday, 14 July 2016
HAPPY BIRTHDAY PERMATA HATI KU
Seramai 9 orang kanak-kanak yang diraikan pada hari ini.Semuanya dengan berwajah ceria dengan berpakaian hari raya.
Kemeriahan pada hari ini lebih dirasai kerana ada diantara ibubapa yg turut memberi kek sempena hari lahir anak mereka.
Friday, 1 July 2016
AKTIVITI PROJEK KUIH RAYA 2016
Pada 29 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan TABIKA KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan aktiviti projek Membuat Kuih Raya bersama kanak-kanak tabika. Aktiviti ini dilihat dapat meransang minat kanak-kanak dalam bidang masakan kerana daripada reaksi mereka menunjukkan mereka sangat seronok dan teruja ketika menyiapkan kuih raya dan tidak sabar untuk merasa kuih yang disediakan. Selain itu aktiviti ini dapat memahirkan koordinasi mata tangan ketika menggentel kuih tersebut dan dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Alhamdulillah aktiviti projek ini berjalan dengan lancar dan kanak-kanak dapat membawa balik hasil kerja tangan mereka ke rumah.