Thursday, 31 March 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TABIKA BUKIT PERMATA

31/03/2016 sambutan hari jadi Tabika KEMAS Apartment Bukit Permata bagi kanak-kanak yang lahir pada bulan Januari,Februari dan Mac 2016.Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi.Seramai 7 orang kanak-kanak yang diraikan pada hari ini.Mereka juga turut diberi hadiah sempena hari jadi mereka.Pada hari ini juga 5 orang kanak-kanak yang menunjukkan prestasi yang baik dalam kelas Penghayatan Pendidikan Islam dari segi asmaul husna,selawat badriah,doa,surah dan huruf hijaiyah turut diberi hadiah.Sebelum pulang semua kanak-kanak diberikan gudis beg untuk dibawa pulang.

Thursday, 24 March 2016

SAMBUTAN HARI WANITA KELAS AKTIVITI KEMAS PADANG TEMBAK

Pada 24/3/2016 telah berlangsung sambutan hari wanita di surau Al-Badariah Kg Padang Tembak,Lumut anjuran Kelas Bina Insan dan Kelas PKK juga dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg Pdg Tembak.

Seramai 40 orang hadir memeriahkan majlis.
Turut serta Penghulu Mukim Lumut En Sabdin bin Idris, Ketua Kg Tn Hj Muhammad Salim bin Ghazali juga wakil KEMAS Pn Rohani bt Yassin MT Penyelia Kanan.

Program yang disediakan ialah slot ceramah dari Pejabat Kebajikan Manjung juga pertandingan mewarna dewasa.

Thursday, 17 March 2016

GOTONG ROYONG 5S TABIKA KEMAS IPD MANJUNG

Tabika KEMAS IPD Manjung
Tarik:12.3.2016
Masa: 8.30 pgi
Tajuk : Aktiviti gotong royong perdana .

Pada hari sabtu 12.3.2016 telah diadakan satu aktiviti gotong royong  perdana di Tabika KEMAS IPD.
Kehadiran ibu bapa .ajk2.ppms juga turut hadir bersama pengerusi Tabika iaitu Tuan ASP Sulaiman Bin Raffin memberikan semangat kepada semua yang hadir  pada gotong royong tersebut.

Antara aktiviti gotong royong yang dijalankan ialah membersihkan kawasan luar tabika seperti mencangkul rumput disekeliling pokok bunga.membuang habok2 di dinding tabika..membersihkan kebun  dapur..membuamg dan membersihkan kawasan bumbung  atap tabika yang ditumbuhi oleh pokok2 kecil.
Kaum ibu pula sibok membuat dan menyiapkan alat bahan  mengajar iaitu pundi kacang.

Secara keseluruhannya aktiviti gotong royong ini berjalan  dengan baik disamping dapat merapatkan  hubungan antara pihak guru.sekolah dan ibubapa dan pihak pentadbiran Ipd Manjung khasnya.

Diakhir gotong royong tersebut semua ibu bapa dan ajk2 menikmati jamuan yang dibawa sendiri oleh mereka juga  sedikit juadah dari pihak sekolah.

Terima kasih untuk semua ibubapa .ajk.2.dan pengerusi yang turut hadir.
Terima kasih daun keladi
Dilain kali kita gotong royong lagi.

MESYUARAT JKKK KG LUMUT KIRI BIL 3/2016

16 Mac 2016 telah diadakan mesyuarat bulanan JKKK Kg Lumut Kiri pada pukul 9.00 malam.

Antara jemputan yang hadir ialah Penggerak dari KEMAS Parlimen Lumut.

Pelbagai perkara yang dibincangkan bagi melancarkan setiap aktiviti dan program yg akan dilaksanakan di kampung tersebut.

Pengerusi JKKK En Zamri Abdullah menegaskan kepada semua AJK JKKK supaya pupuk kan rasa tanggungjawab bersama bagi menjadikan kampung Lumut Kuri sebagai kampung yang maju.

Kampung Lumut Kiri merupakan kampung dibawah seliaan KEMAS Lumut dimana Pn Rohani bt Alias merupakan penggerak yang bertanggungjawab memantau dan KEMAS merupakan sebagai membantu dan pemudah cara bg kampung tersebut.

Monday, 14 March 2016

PELANCARAN 5S KEMAS NEGERI PERAK BERJAYA DILAKSANAKAN

Pelancaran 5S KEMAS Negeri Perak di Dewan Mesyuarat Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, Green Town Ipoh, Perasmian disempurnakan oleh Tn Pegarah KEMAS negeri Perak, Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi.

Turut serta Penolong-penolong Pengarah, Penyelia-penyelia dan seluruh kakitangan Kemas Negeri Perak. Majlis diakhiri dengan pelancaran logo 5S Kemas negeri Perak, pihak admin mengucapkan tahniah atas kejayaan warga Kemas Perak dengan Pelancaran 5S peringkat negeri Perak.

Sunday, 13 March 2016

5S GOTONG ROYONG KEMAS BERIDENTITI BERSIH

Pada jam 8.00 pagi Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Manjung telah mengadakan gotong royong perdana.

Semua Unit terlibat mengadakan gotong royong di sekitar kelas mereka. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang diadakan dilobi Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS selama 1/2 jam.

Seramai 50 ibu-bapa dan peserta setiap unit hadir. Pada jam 9.00 sarapan dihidangkan dan pada jam 9.30 pagi gotong royong bermula dengan membersihkan persekitaran luar, menanam pokok bunga dan sayur disekitar unit masing-masing. Gotong Royong berakhir pada jam 11.00 pagi.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR POLITEKNIK AZLAN SHAH DI PASIR PANJANG LAUT

11.03.2016 -12.03.2016
Program Khidmat Masyarakat pelajar Politeknik Azlan Shah dengan Penduduk Pasir Panjang dan Kg berdekatan.

Pelajar politeknik terdiri drp 100org, mereka di tempatkan di rumah keluarga angkat masing2, iaitu rumah penduduk kampung. Antara program yg diadaka oleh pihak Politeknik; mewarna knk2 TBK Kemas, mengecat dewan org ramai, meyelenggara penghawa dingin dewan, ceramah kerjaya,Kem Motivasi utk murid SK Muhd Saman, membina padang permainan petanque dan mengadakan perlawanan petanque dengan penduduk kg. 

Majlis pembukaan dirasmikan oleh YB Dato Rashidi b Ibrahim dan majlis penutup olehDato YDH Toh Seri Bijaya Lt Kol(B) Dato Shaarudin bin Hj Nazari.

Friday, 11 March 2016

GOTONG ROYONG TABIKA KEMAS BUKIT PERMATA KEARAH KEMAS BERIDENTITI BERSIH

Sabtu,12/3/2016 Gotong-royong perdana ditabika KEMAS Apartment Bukit Permata.Pada jam 8,30 pagi semua ibu bapa yang hadir di beri tugas oleh Pengerusi Tabika En Mohamad Hazanizan Bagi menjalankan gotong-royong.

Semua ibubapa diagihkan kepada 3 bahagian iaitu pembersihan kawasan luar tabika,bahagian dalam dan membuat sedikit miural.Setelah mendapat tugas masing-masing semua ajk dan ibubapa bersama-sama membersihkan tabika.

Ada dikalangan mereka yang menanam pokok,mencuci tingkap,membersihkan longkang dan sebagainya.Kerjasama daripada semua ibubapa dan ajk amat dihargai.Aktiviti selesai pada jam 10.30 pagi.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh tabika dan dibawa oleh ibubapa.