LUMUT- 26 Mac 2015 Bengkel Mingguan Unit CPM telah diadakan di Base Unit BPM KEMAS Parlimen Lumut. Kali ini tiba giliran PM PKK Cik Nur Rabiatul Nadzirah bt Yasmi.
Beliau telah mendemokan menu kenduri iaitu Nasi Kari Mentega,Ayam Goreng Berempah dan Acar Lobak.
Pada yang berminat untuk merasai kenikmatan menu tersebut, yang tidak ada dimana-mana, bolehlah mengikuti resepi dibawah.

Nasi Kari Mentega Lavista
Bahan-bahannya :
2 sudu mentega
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 helai daun pandan
600gram beras basmathi -rendamkan selama setengah jam
2ketul kiub ayam
2 sudu serbuk kari
1 biji bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
* 1 cawan beras,1 1/2 cawan air
garam
serbuk perasa
air mineral
Cara-caranya :
Cairkan mentega,masukkan bunga lawang dan kayu manis.
Setelah terbit bau, masukkan bahan mayang.
Setelah layu, masukkan bahan kisar dan serbuk kari .Kacau sehingga garing.
Kemudian, masukkan beras.Goreng seketika.
Tambahkan air, masukkan garam, kiub ayam dan serbuk perasa.
Kacaukan sebati dan biarkan sehingga nasi masak.
Untuk hiasan, taburkan daun sup dan bawang goreng.
AYAM GORENG BEREMPAH AL BEYBEH
Bahan-bahannya :
10 ketul ayam - dibersihkan
3 batang serai - dihiris halus
2 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
50g serbuk kari *
2 inci lengkuas *
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
1/2 cawan sos cili
1sudu besar minyak
cara-caranya :
Kelarkan ayam.
Kisarkan semua bahan yang bertanda *.Masukkan kedalam mangkuk.
Campurkan semua sekali bahan- bahan yang lain bersama dan kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam dan perapkan selama2 jam.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak ( ayam hendaklah berjus )
ACAR LOBAK KAK NAD
Bahan-Bahannya :
2 batang lobak merah
1 batang timun muda
4 tangkai cili masak
Secekak daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar jus limau
1 sudu minyak jagung/minyak zaiton
Cara-caranya :
Potong lobak merah berbentuk jullien( jejeri halus)
Belah timun kepada 2 bahagian.Buangkan bijinya dan hiris nipis( timun berbentuk ladam)
Hiriskan cili masak (potongan round)
Shreded kan daunketumbar ( potongan kasar )
Campurkan kesemua sayuran kedalam mangkuk.
Tambahkan jus limau,gula dan garam.
Gaul sebatikan dan simpan didalam peti sejuk (chiller -18oc )
*******************************************************************************************

Nota kaki :
1. Rempah kari yang terkandung dalam nasi dapat memotong karbohidrat yang terkandung dalam beras.
2. Mentega adalah sumber dari tumbuh-tumbuhan manakala butter merupakan sumber dari susu haiwan.
3. Penggunaan minyak zaiton/minyakjagung dalam acar berfungsi untuk mengelakkan sayur menjadi cepat layu .Selain itu berfungsi untuk mengilatkan sayur kita supaya tampak lebih segar.
4. Penggunaan kiub ayam dapat mengurangkan penggunaan garam,
5. Beras Basmathi hendaklan direndamkan terlebih dahulu bagi mendapatkan struktur nasi yang lebih lembut dan rempah lebih mudah diserap. Selain itu, jimat dari segi masa.