Di awal persekolahan ini, mari kita banyakkan aktiviti bersama kanak-kanak supaya kanak- kanak ini lebih yakin dan seronok ke sekolah. Selain bermain, aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi mata tangan serta menerapkan minat kanak-kanak dalam kreativiti dan estetika di samping merangsang pertumbuhan otot tangan. wahhh... comel sungguh tapak tangan kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa, kita yang mencorakkannya... baik cara didikan baiklah jadinya andai buruk cara didikan maka buruklah akhlak mereka. Semoga kanak-kanak ini menjadi anak-anak yang berjaya dimasa hadapan. InsyaAllah
Monday, 23 January 2017
MMMM... JOM KAWAN-KAWAN KITA MAIN
Musim persekolahan telah pun bermula setelah hampir sebulan lebih kanak-kanak ini bercuti. Pelbagai ragam yang dapat dilihat oleh kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun ini di awal sessi persekolahan. Ada yang tengok sahaja kawan-kawan lain bermain dan ada juga yang bermain menggunakan semua alat bahan yang diberikan. Emmmm mungkin hendak mencuba pelbagai cara dan gaya agaknya. Walau apapun kehendakmu wahai si cilik kamu semua tetap di hati cikgu.
LEMBUTNYA JARI JEMARIKU
Pada minggu pertama persekolahan bagi sessi 2017, kanak-kanak ini masih belum mahir dalam pengajaran dan pembelajaran selain kurangnya kemahiran koordinasi mata tangan. Oleh itu, bagi permulaan kita mahirkan dahulu jari jemari yang mulus ini dengan aktiviti membuat doh menggunakan tepung. Nampaknya aktiviti ini berjaya menarik minat mereka serta dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak- kanak iaitu berkongsi barang dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Tahniah anak-anakku kerana anda telah berjaya melakukan dengan baik sekali.
Thursday, 15 December 2016
MAJLIS PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
PAda 26 November 2016, Tabika KEMAS Kg. Teluk Dalam, Pangkor telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun bagi sessi 2016. Program ini diadakan bertujuan ùntuk memberi penghargaan dan tànda kenang keñangan kepada kanaķ-kanak dan ibu bapa yang hadir. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian hadiah kepada kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, penyampaian hadiah kepada kanak-kanak cemerlang 1 hingga 3 dan sessi cabutan bertuah bagi ibubapa. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah hasil dari kerjasama dari semua pihak. Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang begitu jitu, semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan hingga ke syurga. Turut hadir Pengerusi Tabika KEMAS Tn Hj. Mohd Rejab bin Ismail.